Tuesday, 11 November 2014

SEDEKAH

teringat cerita dari radio IKIM pasal sedekah. Ustaz tu ada cerita... kisah benar seorang businessman pergi ke Kedah ada urusan dan berhenti di RnR utk makan. Beliau melihat ada sekumpulan budak-budak tahfiz nk pergi makan, Businessman ni pelawa budak-budak ni belanja makan. Selesai tahfiz-tahfiz tu makan beliau telah membayar RM34.70. seronok  tahfiz-tahfiz tu dapat makan free. beliau tersenyum dn berlalu meneruskan perjalanan.

setelah peristiwa tu berlalu suatu hari tu Businessman ni dikhabarkan telah menang tender perniagaan sebanyak RM347 000.00 (tiga ratus empat puluh tujuh ribu). fuuh... tettiba beliau flash back dia ada belanja budak-budak tahfiz makan..dn amount nya seakan sama tapi berganda. Masha Allah.... sedekah tanpa mengharapkan balasan..tp Allah Maha Kaya..lebih dari tu blh dpt.

Beliau pergi ke masjid or surau (aku tak igt)..untuk bersolat jemaah, kebetulan pula masjid tu dalam penyelengaraan banyak tempat yang rosak sana sini dlm pembinaan ubahsuai yang separuh siap. orang-orang masjid tu cakap  kontraktor tu lari, modal pn tk cukup untuk meneruskan renovation tu.. Laki ni tgok memang teruk kalau nk solat pn x selesa..dia kemudian tanya, berapa kos kalau nk repair? Orang yg jaga masjid menjawab dalam 19K. byk tu 19ribu.. nk tolong tp duit yg dia baru dpt tu nk buat modal pusing niaga.. tp sebab tak sampai hati tgok masjid mcm tu, dia pun fikir tkpela..guna dlu modal die utk bantu masjid daif tu... mungkin ada cara lain die blh dptkn duit modal tu balik.

apabila urusan renovate masjid siap. beliau pn berasa puas hati melihat keadaan masjid..kerana dpt membantu, sedangkan beliau tk fikir pn yg modal die nk berniaga tu dh kurang... beliau mendapat panggilan telefon..dengan kuasa Allah..panggilan tu mengatakan beliau telah menang Tender projek sebanyak 19 juta (million).. Subhanallah,... terduduk menangis laki ni, bkn sebab dpt tender 19 Juta tu tapi sbb terbayang duit yg dikeluarkan utk kos kerosakan masjid tu di ganti dengan jumlah yg sangat berganda, dan beliau tk terfikir pn akan dpt tender tu. rasa mcm pulangan yg di anugerahkan Allah tu sgt banyak terbanyak....


pengajaran ni aku ambil dn aku simpan dlm ingatan. kalau nk sedekah tu sedekah je..tk payah nk fikir2.. rasa nk bagi..bagi je ikhlas, ingat ALLAH.. rase ade sikit blh bagi, bagi je , klau xde langsung tu memang la xblh nk bagi kan..